Monday, 24 September 2012

Assalamualaikum W.B.T

Bukan saja tahi lalat,jerawat,cara menulis dan bercakap boleh menunjukkan personaliti seseorang.Cara makan pun boleh menilai personaliti seseorang.Tapi sejauh mana Ketepatannya masih diragui.Mungkin ini boleh membantu anda untuk menilai pasangan anda.

Makan Dengan Tenang
Suapnya penuh hati-hati.Tapi sikapnya itu buat kamu bosan.geram pun ada jugak.Mana taknya,dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri.Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkanbahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya.Kamu tetap satu di hatinya!
Asyik Membelek Makanan
Dia lebih banyak pandang makanan dari wajah kamu!Macamlah makanan tu sedap sangat.Perhatikan cara dia makan.Cukup teliti.Misalnya kalau makan ikan,tulang2 ikan siap disusun di tepi pinggan,elok saja.Usah gusar,itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap apa yang dilakukannya dan itu menunjukkan dia memang serius dengan kamu.Jadi,usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah ye!
Makan sambil borak
Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Merajuk tu adalah sesekali dua. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan sesekali buat dia marah.
Makan sambil kerap tengok jam
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukannya dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti  dia sampai ‘on time’. Mereka juga tak berapa suka seseorang yang lembap.
Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma ingat, orang seperti ni kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!



Hargailah Setiap Pasangan Anda

Oppa Gangnam Style

Assalamualaikum W.B.T

Sekarang,lagu oppa gangnam style ni dah famous amous sangat dalam bumi ni..seluruh dunia tahu..sampai ke pluto pon ade..aku try dengar la jugak lagu ni..takde keistimewaan pon tentang lagu ni..merosakkan akidah lagi adalah..so sesiapa yang gile sangat dengan lagu ni hentikanlah perasaan korang..malam tadi saya mimpi pasal seseorang..nama die saya tak tahu...baru first time kenal..then tiba2 kacau line..tup2 masuk ke tempat lain pulak..pastu aku jadi gangster..bunuh orang pulak tu..first time tu bunuh orang..aku ada kau ada ^^..best jugaklah bunuh org ni..agaknya lah kan..aku ni dalam alam percintaan dengan seseorang..tapi SS lah..haha' Lol's..kalau lah kau baca entri ni aku harap kau tau..yang aku maksudkan tu adalah kau..hehe ;)..aku dh penat nak menaip..ok..bye.. <3 Salam 1 Malaysia <3 .. :)

Sunday, 9 September 2012

Open You're Eyes You're Hearts You're Mind

O_O Assalamualaikum <3

Semalam Kakak aku Kahwin...hahah...itu je nak bagitau..Walaweyh..blog ni semua citer pasal bende2 bodoh kan...aku tau..bye3x

Thursday, 6 September 2012

Piano..;)

Assalamualaikum

Baru baru ini,saya telah berminat untuk bermain piano..jadi saya belilah keyboard dulu..tak mampu nak beli piano..jadi saya belajar dari youtube..mula2 mmg susah tapi lama kelamaan..ia menjadi senang...best kot main keyboard ni...;)..ok,sekarang ni saya ada masalah sikit...tapi InsyaAllah saya boleh hadapinya dengan sempurna...ok lah..sekian..;)..

Friday, 17 August 2012

Sahur Terakhir...Yang Teristimewa....

Assalamualaikum..Esok adalah sahur yang terakhir pada tahun 2012...Saya cadang nak bersahur dengan cornflakes..tetapi ibu saya tak kasi nak beli...aduhhh... bosan betullah..;)Hayatilah sentuhan kalbu malam ini..(BAK KATA IBU SAYA)...Result UPSR saya ialah..3B 2C..(tibe2 jer)..tengah menaip menggunakan sebelah tangan..sebelah tangan lagi tengah urut kepala kakak yang tak pening..kepala saya yang pening..saya pulak kene picit orang punya kepala..Mari kita...esok nak gi kutip duit raya...yeayyyyyyy...woohooo..;)..kakak saya kata nak belikan handphone..Samsung Galaxy S III..woohooo..k lah..saya dah malas nak taip banyak2..merapu2 pulak tu..:)...bye Assalamualaiku..

Tuesday, 14 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Assalamualaikum w.b.t

      Saya sebagai umat islam...ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat orang-orang islam..Selain itu saya ingin menghulur 10 jari untuk meminta maaf kepada orang yang telah saya lakukan kesilapan kepadanya..buat Ibu dan Abah tercinta..Saya minta maaf..dari hujung rambut sampai hujung kaki..sudah 26 hari kita berpuasa..kini menjelang bulan syawal yang amat memilukan..pilu hati seseorang itu jika bulan yang sangat mereka cintai dan rindu terhadapnya itu akan meniggalkan kita tak lama lagi..semoga kita dapat menyambut bulan Ramadhan pada tahun2 yang lain..Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir Batin..:)

Saturday, 11 August 2012

Saya suke lagu nasyid...

Assalamualaikum

2-3 hari ini aku taktau ngan perangai aku..dari suke lagu2 pop,kpop semua tu...tiba2 ada satu suara dalam hati aku..aku taktau siapa yang cakap...ianya cakap 'BOSAN LAH ASYIK DENGAR LAGU NI JER,NI KAN BULAN RAMADHAN..BAIK KAU DENGAR LAGU NASYID..ADA JUGA FAEDAH NYA'..
   aku pon try lah bukak..ehh ehh bestnya...ade kala air mata bergelenang ..tapi aku banyak bukak doa2 zikir2 cmtu lah...ok lah..jari dh sakit menaip benda ni...GTG Assalamualaikum.. ;)

Saturday, 4 August 2012

10 HARI TERAKHIR BULAN RAMADHAN....

Assalamualaikum...hari ini saya akan mengulas tentang 10 HARI TERAKHIR BULAN RAMDHAN...
Allah s.w.t membesarkan / meluaskan lagi pahala Ramadhan melalui 3 bahagian/fasa, pada fasa awalnya iaitu 10 hari pertama berpuasa diberiNya rahmat, pada fasa kedua iaitu 10 hari pertengahan berpuasa diberiNya keampunan dan pada fasa terakhir iaitu 10 hari terakhir berpuasa dianugerahkan kemerdekaan/terlepas dari api neraka.
Kejayaan operasi pembedahan hawa nafsu kita juga bergantung kepada kejayaan kita berpuasa pada 10 hari terakhir Ramadhan ini. Setelah 11 bulan kita menurut pelbagai kehendak nafsu seperti menonton televisyen, mendengar muzik, lawak jenaka (raja lawak), mendedahkan aurat dan melakukan berbagai perkara maksiat, maka pada bulan ini, sewajarnyalah kita meninggalkannya.
Puasa yang kita lakukan haruslah betul (bertepatan) dengan sunnah,  kerana puasa yang seperti itu dapatmenyembuhkan kita daripada kesan-kesan nilai buruk yang telah diterapkan oleh syaitan setelah mengajar (merosakkan) manusia selama 11 bulan.  Hanya semasa Ramadhan, syaitan tidak dapat melakukannya kerana telah dirantai / di belanggu. Terdapat beberapa hadith Baginda Mulia yang menyebut mengenai sunah-sunah ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
Puasa yang betul/sempurna, mampu memberi tekanan secara “direct” (terus) kepada jiwa melalui berlapar. Oleh itu rancakkan dan tambahkan ibadat di 10 hari-hari akhir RamadhanJadilah orang yang warak di 10 terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan penjagaan pantang larang serta disiplin Ramadhan. Perkemaskan ibadah puasa di 10 akhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang telah lepas denganmenambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu (seperti solah, membaca quran) dan carilah Lailatul Qadar. Akhir sekali terimalah hakikat tentang kefardhuan ibadat puasa Ramadhan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t.







Thursday, 2 August 2012

Sakit Tekak..

Assalamualaikum..saya sakit tekak...tu la yang tak gi surau tu....nak beli strepsiles malas pulak...heeee...Lol..
pening kepala pon ade ni..sape yg sudi picitkan kepala ini...buat milo ais...perghhhhh...bila telan air tu nikmatnya....nak hilangkan sakit punya pasal minum ais...ngeeee..selsema pon ade...nk gi klinik takut gi sorang2...dh la sekolah tgh exam....mcm best kan..takpe ini semua cabaran dan dugaan dari Allah untuk saya...nak taip panjang2 pon dh tak larat dh...sekian entry saya pada hari ini...Assalamualaikum...:)




Monday, 30 July 2012

Kemalasan

Assalamualaikum...saya ni mmg malas..folio Sejarah dengan Geografi mmg tak siap lagi..due date nyer minggu ni tapi tak tau bile..aduhh...dh la susah...tapi tgklah dulu saya siapkan ke tak...XD..tapi sekarang ni saya nak cerita pasal kawan perempuan terbaik abad ni...dia ni pandai...comel pulak tu..XD...dia kata dia bersyukur dpt kawan mcm saya...saya pun bersyukur lah dpt kawan mcm dia..
dia ni caring...tapi ustaz kat surau saya cakap...jgn ade perasaan terhadap wanita sekiranya tidak mahu mengahwininya..dan ustaz tu ade ckp lagi...'LATAKRABUZZINA(janganlah kamu menghampiri dengan zina)'..So aku taknak lah rapat sangat disebabkan kalau dh terlalu rapat kang..ha BERZINA pula..ALLAH S.W.T berfirman didalam surah (al-Isra' 17:32) 'DAN JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA,SESUNGGUHNYA ZINA ITU ADALH PERBUATAN YANG KEJI DAN SATU JALAN YANG JAHAT(YANG MEMBAWA KEROSAKAN)'..itulah sebabnya saya taknak dekat2 dengannya..kami bukan MAHRAM


                           so sampai situ saja article saya....lain kali saya tulis lagi XD hehehe..



Sunday, 29 July 2012

7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…


1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.