Allah s.w.t membesarkan / meluaskan lagi pahala Ramadhan melalui 3 bahagian/fasa, pada fasa awalnya iaitu 10 hari pertama berpuasa diberiNya rahmat, pada fasa kedua iaitu 10 hari pertengahan berpuasa diberiNya keampunan dan pada fasa terakhir iaitu 10 hari terakhir berpuasa dianugerahkan kemerdekaan/terlepas dari api neraka.
Kejayaan operasi pembedahan hawa nafsu kita juga bergantung kepada kejayaan kita berpuasa pada 10 hari terakhir Ramadhan ini. Setelah 11 bulan kita menurut pelbagai kehendak nafsu seperti menonton televisyen, mendengar muzik, lawak jenaka (raja lawak), mendedahkan aurat dan melakukan berbagai perkara maksiat, maka pada bulan ini, sewajarnyalah kita meninggalkannya.
Puasa yang kita lakukan haruslah betul (bertepatan) dengan sunnah, kerana puasa yang seperti itu dapatmenyembuhkan kita daripada kesan-kesan nilai buruk yang telah diterapkan oleh syaitan setelah mengajar (merosakkan) manusia selama 11 bulan. Hanya semasa Ramadhan, syaitan tidak dapat melakukannya kerana telah dirantai / di belanggu. Terdapat beberapa hadith Baginda Mulia yang menyebut mengenai sunah-sunah ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”
Puasa yang betul/sempurna, mampu memberi tekanan secara “direct” (terus) kepada jiwa melalui berlapar. Oleh itu rancakkan dan tambahkan ibadat di 10 hari-hari akhir Ramadhan. Jadilah orang yang warak di 10 terakhir ini dengan melebihkan ketakwaan dan penjagaan pantang larang serta disiplin Ramadhan. Perkemaskan ibadah puasa di 10 akhir ini dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang telah lepas denganmenambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu (seperti solah, membaca quran) dan carilah Lailatul Qadar. Akhir sekali terimalah hakikat tentang kefardhuan ibadat puasa Ramadhan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t.

No comments:
Post a Comment